| vBuddy - check your reputation | Cheap Web Hosting - starting at $5 |
|
|
|
| Bahasa Cina | Bahasa Inggeris | |
|
||||||
| Waktu Sekarang |
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Pemanca Ling Kong Mee
Perutusan daripada Pemanca Ling Kong Mee, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Siong Boon.
Semenjak perpindahan sekolah dari Sebauh Ke Bintulu, masyarakat Cina telah memilih Ahli Jawatan Kuasa Lembaga Pengurusan Sekolah dua tahun sekali dalam membantu mewujudkan tabung kewangan bagi pembinaan bangunan sekolah dan kerja-kerja infrastruktur serta menjaga kebajikan murid-murid dan tenaga pengajar sekolah. Beberapa tahun kebelakangan ini, kami berbesar hati atas sumbangan yang besar daripada bekas dan kini Ahli-ahli Jawatan Kuasa Lembaga Pengurusan Sekolah serta masyarakat Cina dalam perlaksanaan pelbagai projek sekolah dengan jayanya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan murid sekolah bertambah dengan pesat. Kini, bilangan murid di sekolah telah menjangkau 1,400 orang dengan 33 buah kelas. Murid-murid merupakan bakal pemimpin masyarakat dalam abad ke-21. Mereka perlu bersedia menghadapi peningkatan pelbagai cabaran yang bakal mendatang. Murid-murid sekolah selain menimba ilmu pengetahuan dan mendapat tunjuk ajar daripada guru, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah juga memikul tanggungjawab mendorong murid-murid berpengetahuan dalam lapangan pembelajaran yang lain.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat pada hari ini telah membawa kita ke dunia tanpa sempadan. Ia terbukti benar dalam pepatah Cina yang menyatakan bahawa seseorang sarjana dapat menimba segala ilmu pengetahuan di dunia luar tanpa melangkah keluar dari rumah. Justeru sekolah telah bercadang menyediakan laman web sendiri agar dapat terjalin dengan perubahan dunia serta mengendalikan projek dengan lebih baik.
Dengan adanya permulaan, kami percaya bahawa laman web akan membawa perubahan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menimbulkan kesedaran dan dorongan kepada murid-murid terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.
|
Laman Pelajaran | |||||
KPM |
|||||||
SPP |
|||||||
PKG-Bintulu |
|||||||
SPA |
|||||||
Maxis |
|||||||
School Net |
|||||||
|
|
|
||||||
|
|
|
||||||
|
Kemaskini terakhir : 01/05/2006 |
|||||||